Tuesday, April 6, 2010

Perkenalan Rukun Tetangga (About RT-Neighbourhood Watch)
Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom.Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.
more from....wikipedia

(Articles about RT 1975)
Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 (in pdf format)

Skim Rukun Tetangga
Skim Rukun Tetangga mula di perkenalkan pada tahun 1975, melalui penguatkuasa peraturan-peraturan perlu (Rukun Tetangga) 1975. Pada peringkat awal fungsi Rukun Tetangga adalah berkaitan dengan aspek keselamatan iaitu masyarakat bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan kawasan tempat tinggal masing-masing. Mulai 1 hb Januari 1983, peranannya telah di ubah kepada "Konsep Kejiranan". Konsep ini bertujuan untuk membolehkan penduduk-penduduk di sesebuah Kawasan Rukun Tetangga berkenal-kenalan dan berinteraksi dengan satu sama lain.more link.....
Objektif Rukun Tetangga
Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Tabika ( A scheme of RT programme )
Pengenalan Tabika Perpaduan
Program Tabika Perpaduan diperkenalkan pada tahun 1976. Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu, tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.
Objektif Program Tabika Perpaduan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan pengunaan pelbagai pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 3 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.

Skim Rondaan Sukarela (SRS)more link...
Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

(Patriotic Songs)
Lagu Patriotik
image
Pengertian Logo RT (RT Logo)Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara. Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran Kuning - Kejayaan dan keharmonian Putih - Kesucian dan bertangungjawab
5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Garisan Berwarna Merah Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Segi Tiga Berwarna Kuning Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama. Garisan merah di atas garisan putih Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan Garisan Berwarna Biru
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
Kawasan Rukun Tetangga Luyang Centre

Name :Kawasan Rukun Tetangga Luyang
Place :Luyang Kota Kinabalu Sabah
Country :Malaysia

The Centre was launched on 23-02-2007

A Neighbourhood-watch Community Service Centre in Luyang region under JPNIN .
Its activites are mainly carrying out inter-related missions and various programs for residents & community. An educational program called Tabika scheme for children and with subsidy. Also a SRS scheme encourage young people to participate in patrolling and safe-guarding community security in the region area.
Led by a panel of committees-officers voluntary & recommended to JPNIN for appointment from the region.

The ultimum purpose of mission is to focus & promote better relationship among residents as good neighbourhood with their multiple-ethnic background in order to cooperate in harmony and patriotic for nation as a whole.
It is governed by laws under Parliamentary Act(1975), established since1975 with mission & purpose laid for nation.


More from JPNIN-Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
-its RT Mission & Objective
-its educational scheme-Tabika & Objective
-its community scheme- SRS & Objective
-Patriotic songs for nation building & patriotism


RT Luyang's Mission statements & Main purpose:-
  • To actively encourage participation by residents for the purpose of helping with regional security awareness as neighbourhood and live in harmony together.
  • Encourage residents & families to participate in RT activities to elevate or upkeep current need for better knowledge in many fields to improve living in good environment & secure household.
  • Close co-ordination with respective non-profit groups,communities & authorities in the region to organise basic programs for residents & children in the region in education,seminar,or worshop under sponsorship or support by other. Also any immediate focus with talks for security, safety and health issues from relevant professional group or authority.
  • To promote understanding among different ethnic malaysian with celebration of occasional different cultural festivals & events such like open house or family day.
  • Implement purposeful mission & activities from JPNIN-Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, for unity & interaction,patriotic among its people in the nation.
Read more .....about Rukun Tetangga missions, programmes etc with JPNIN.